Thursday, January 24, 2013

Jom amal sunnah yang telah dilupakan


Assalamu'alaikum, ana uhibbukum fillah... ini perkongsian dari sahabat ana dan ana nak kongsi dengan antum...>_<

Segala pujian untuk Allah tuhan sekelian alam, selawat dan salam ke atas Rasul SAW, Ahli keluarga, para sahabat baginda dan sesiapa yang mengikut mereka dengan baik sehingga ke hari kiamat. أما بعد
Tidak tersembunyi lagi ke atas seorang muslim akan kepentingan dan keperluan memberi tumpuan kepada sunnah Nabi dari sudut ilmu dan pengamalan. Terlalu banyak bukti-bukti dari al-Quran dan al-Sunnah dalam memberi galakan dan perangsang agar memelihara sunnah dan tetap di atasnya, demikian juga larangan dari menyalahinya. Hal ini demikian kerana petunjuk Rasulullah SAW adalah sebaik-baik petunjuk. Jabir meriwayatkan dari Nabi SAW yang bersabda:
Mafhumnya: “Dan sebaik-baik petunjuk itu adalah petunjuk Muhammad SAW.”

Daripada ‘Irbadh bin Sariah pula Nabi SAW bersabda:
”…ke atas kamu semua sunnahku dan sunnah para khulafa al-Rasyidin al-Mahdiyyin, berpegang teguhlah dengannya, dan gigitlah ia dengan geraham kamu.” (HR Abu Daud 4607 dan al-Tirmizi 2676)
Sepertimana mengikut Nabi SAW itu merupakan bukti kebenaran cinta seseorang hamba kepada Allah, ia juga merupakan sebab utama kecintaan Allah kepada seseorang hambaNya itu, sebagaimana firman Allah SWT:
Mafhumnya: “Katakanlah (wahai Muhammad), sekiranya kamu semua cintakan Allah, maka ikutlah daku (Nabi Muhammad SAW).”

Sabda Nabi SAW:
Mafhumnya: “Sesiapa yang memulakan di dalam islam satu sunnah yang baik, maka untuknya pahala amalannya dan pahala orang yang mengikut contohnya selepas dari itu, tanpa berkurangan pahala-pahala mereka sedikitpun.” (HR Muslim 1017)
Al-‘Allamah Ibn ‘Uthaimin RH berkata:
Mafhumnya: “Sesuatu sunnah yang telah ditinggalkan, kemudian sunnah itu diamal dan dihidupkan oleh seseorang insan, maka orang ini dinamakan: dia telah memulakan, iaitu menghidupkannya (sunnah tersebut), sekalipun bukan dia yang menciptakan sunnah itu.” (Fatwa Ibn ‘Uthaimin)

1.Bersungguh-sungguh melakukan Isytinsyaq(memasukkan air kedalam hidung) ketika berwudhu
Dalilnya hadith Nabi SAW:
أسبغ الوضوء، وخلل بين الأصابع، وبالغ في الاستنشاق إلا أن تكون صائماً
Mafhumnya: “Sempurnakanlah Wudhu’, dan celah-celahkanlah jari-jemari, dan bersungguh-sungguhlah ketika berisytinsyaq melainkan ketika anda berpuasa.”
al-Imam al-Son’ani berkata di dalam Subul al-Salam (1/47): “Hadith ini menjadi bukti keperluan bersungguh-sungguh ketika berisytinsyaq bagi yang tidak berpuasa.”


2. Berkumur-kumur dan berisytinsyaq dengan menggunakan satu tapak tangan diulangi sebanyak tiga kali.
Daripada ‘Abdullah bin Zaid RA, ketika mensifatkan wudhu Nabi SAW:
أنه أفرغ من الإناء على يديه فغسلهما ثم غسل أو مضمض واستنشق من كف واحدة ففعل ذلك ثلاثاً... ثم قال: هكذا وضوء رسول الله - صلى الله عليه وسلم
Mafhum: “Beliau menuangkan air ke dua-dua tangan dan membasuhnya, kemudian beliau membasuh atau berkumur dan berisytinsyaq dengan menggunakan satu tapak tangan, dan melakukannya sebanyak tiga kali… kemudian beliau berkata: Seperti inilah wudhu Rasulullah SAW.” (HR al-Bukhari 191)


3. Sunat (digalakkan) berwudhu sebelum mandi junub, dan cara mandi junub baginda SAW.
Daripada ‘A-isyah R’anha katanya:
كان رسول الله - صلى الله عليه وسلم - إذا اغتسل من الجنابة غسل يديه ثم توضأ وضوءه للصلاة ثم يغتسل ...
Mafhumnya: “Dahulunya Rasulullah SAW, apabila hendak mandi janabah, baginda akan memulakan dengan membasuh kedua-dua tangan, kemudian baginda berwudhu seperti wudhu untuk menunaikan solat, kemudian baru baginda mandi…”(HR al-Bukhari 272)
al-Hafidz Ibn Daqiq al-‘Ied berkata: “(dan baginda berwudhu seperti wudhu untuk menunaikan solat) menunjukkan sunat mendahulukan basuhan anggota wudhu pada permulaan mandi (janabah), dan ia merupakan suatu yang tidak diragukan lagi.” (Ihkam al-Ahkam Syarh ‘Umdah al-Ahkam 1/92)

4. Sunat berwudhu bagi orang berjunub jika dia hendak makan atau tidur
Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar bin al-Khattab RA katanya:
يا رسول الله أير قد أحدنا وهو جنب؟ قال: «نعم، إذا توضأ أحدكم فلير قد وهو جنب
Mafhumnya: “Wahai Rasulullah, apakah boleh seseorang daripada kami tidur dalam keadaan berjunub? Baginda menjawab: “Boleh, jika dia berwudhu terlebih dahulu, setelah itu dia tidur dalam keadaan berjunub.” (HR al-Bukhari dan Muslim)


5. Berwudhu bagi yang mahu mengulangi persetubuhan
Daripada Abi Sa’id al-Khudri katanya:
قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم - «إذا أتى أحدكم أهله ثم أراد أن يعود فليتوضأ
Mafhumnya: “Rasulullah SAW bersabda: “Jika seseorang daripada kamu telah bersetubuh dengan isterinya, kemudian dia mahu mengulangi persetubuhan, maka hendaklah dia berwudhu.” (HR Muslim)
al-Imam al-Nawawi telah menjadikan satu bab untuk hadith no 4 & 5 ini dengan katanya: “Bab Jawaz Naum al-Junub wa Istihbab al-Wudhu lahu wa Ghasl al-Farj Iza Arada An Ya’kula au yasyrab au yanam au yujami’ (Bab keharusan seseorang tidur dalam keadaan berjunub dan sunat berwudhu baginya, dan membasuh kemaluan jika dia hendak makan atau minum atau tidur atau mengulangi jima’)”


6. Memelihara dan memberi perhatian terhadap siwak(gosok gigi)
i. Daripada Ibn ‘Umar RA katanya:
كان رسول الله لا ينام إلا والسواك عنده، فإذا استيقظ بدأ بالسواك
Mafhumnya: “Adalah Rasulullah SAW tidak tidur melainkan siwak berada di sisinya, apabila baginda bangun dari tidur, baginda memulakan dengan bersiwak.” (HR al-Bukhari)
ii. Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:
لو لا أن أشق على أمتي لأمرتهم بالسواك عند كل صلاة
Mafhumnya: “Sekiranya tidak menjadi keberatan ke atas umatku, sudah pasti aku akan mengarahkan mereka bersiwak ketika setiap kali hendak menunaikan solat.” (HR al-Bukhari)
al-Imam al-Nawawi RH berkata di dalam kitab Syarh Sahih Muslim (2/146): “Sesungguhnya bersiwak adalah suatu yang digalakkan (disunatkan) di setiap waktu, ,akan tetapi ia menjadi lebih digalakkan (disunatkan) di dalam lima waktu, yang pertama: Ketika hendak menunaikan solat, kedua: ketika berwudhu, ketiga: ketika hendak membaca al-Quran, keempat: ketika bangun dari tidur, kelima: ketika berubah bau mulut, dan bau mulut itu berubah dengan beberapa sebab, antaranya kerana tidak makan dan minum, memakan makanan yang berbau busuk, lama tidak berkata-kata, dan kerana banyak bercakap.”